Laksmada

Biar darah tetes ke bumi, Jasad rebah nyawa melayang, Biar berkecai jasad sejati, Sumpah juragan, 3 panji teguh terjulang.

Laksmada, julukan juragan sidang 3 yang setia mempertahankan 3 benteng pasak negara: Raja, Pemimpin dan Agama. Nama unik hasil gabungan kata ‘Laksamana’ dan ‘Armada’ ini, diperkukuh dengan 3 dimensi teras PTD yang merupakan nadi pembangunan negara: Dinamik, Prestij dan Unggul.

Dinamik, sentiasa bersedia berkhidmat dalam apa jua situasi di samping bijak serta cerdas dalam membuat keputusan.

Prestij,sentiasa mengejar kejayaan demi kejayaan untuk kemajuan bersama.

Unggul, sentiasa menjadi yang terulung sepanjang perkhidmatan.

Pasakkan ia kemas di dada,
3 mahkota negara kan tetap terbela!

Ikuti Laksmada di media sosial