Valoria

Valoria Terus Mara!

Nama yang diangkat daripada dua gabungan perkataan besar iaitu Valor dan Lemuria. Valor merujuk kepada keberanian dan kesungguhan seseorang itu ketika berhadapan situasi cemas dan berbahaya.

Abjad Numeral Roman (V) membawa erti yang sangat berbahaya kerana bagi sesetengah masyarakat, V merujuk kepada “Vendetta” yang memberi simbolik kepada sesuatu perseteruan darah dan dendam kesumat diantara musuh.
Namun, dari perspektif yang berbeza, ia sebenarnya adalah ibarat konsep yin dan yang, siang dan malam, yang membawa makna yang berbeza tetapi berkait rapat dan saling melengkapi.

Menyingkap kembali sejarah manusia dari zaman pertengahan, lebih kurang dua ribu tahun yang lalu, Augustus adalah seorang negarawan dan pemimpin tentera Rom yang menjadi maharaja pertama memerintah Empayar Rom. Peribadi Augustus yang unggul dan bijak membina empayar dalam mengasaskan Roman Principate empayar Rom yang pertama) telah berjaya menyatukan manusia sejagat dan memaparkan antara pentadbiran paling berkesan dan kontroversial dalam sejarah dunia.

Augustus menggelar askarnya atau dengan kata lainnya legions dengan ungkapan “Valor Exercitus Romanus” yang membawa maksud “Askar Roman yang berani dan paling berani”. Lebih menyuntik semangat sebagai contoh peradaban dunia, tamadun Rom juga adalah tamadun yang terbesar dalam sejarah manusia.

Lemuria pula merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa latin yang membawa maksud peradaban kuno yang sama megah dengan Kerajaan Yunani kuno, Atlantis.

Dengan penyatuan perkataan Valor dan Lemuria maka terbentuklah “VALORIA” yang bersimbolikkan keberanian, kebijaksanaan dan kemegahan untuk semua peserta Program DPA INTAN Tahun 2020 – “All for one, one for all.” Gabungan dua nama ini memberi nafas baru kepada lambang kerajaan yang dibarisi oleh pahlawan yang megah, gagah dan berani yang tiada tolok bandingnya.

Ia sejajar dengan peserta Sidang 2 yang menonjolkan ciri-ciri gagah, berani dan semangat juang yang tinggi dalam menempuh segala dugaan sepanjang Program DPA dilaksanakan.

Ikuti Valoria di media sosial