AKTIVITI GERAK SENI PERTAHANAN DIRI

Pelajari Seni Pertahanan Diri, Perisai Terbaik Anda!

Seni bela diri ataupun mempertahankan diri (martial art) merupakan satu kesenian yang mampu mempertahankan diri malah dapat meningkatkan keyakinan diri. Justeru, semua kadet bitarawangsa digalakkan menyertai aktiviti ini bagi menambah ilmu pengetahuan, berkongsi pengalaman serta menghargai kepelbagaian seni dan budaya.

Sehubungan itu, setiap sidang wajib menghantar sekurang-kurangnya satu video pendek berdurasi 3 hingga 5 minit atau satu infografik menarik beserta “caption”. Tema video atau infografik adalah berunsurkan seni bela diri.

Penetapan jenis seni bela diri adalah seperti berikut:Senarai sidang & cadangan topik:

Sidang 1- Silambam

Sidang 2- Taekwondo

Sidang 3- Pencak Silat

Sidang 4- Kung Fu

Sidang 5- Muay Thai

PERHATIAN

1. Video atau infografik akan dimuat naik di Instagram Bitarawangsa. Peserta diingatkan untuk berpakaian sopan dan bersesuaian.

2. Video atau infografik boleh dihasilkan mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan kepada skop yang telah ditetapkan bagi setiap sidang.

3. Perlaksaan aktiviti ini adalah sepanjang september. Video atau infografik boleh dihantar kepada wakil sidang.

Jom kenali SENI BELA DIRI! 💪🏻

EXCO KESENIAN DAN KREATIVITI

MPP PROGRAM DPA INTAN

PENGGAL 2 TAHUN 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published.