[Bulan Apresiasi Seniman dan Seniwati Malaysia] PUAN SRI SALOMA

JAGA – JAGA CIK SALMAH!!!
Jolokan “Marilyn Monroe of The East” pernah diberikan kepada biduanita negara, Puan Sri Saloma atau nama sebenarnya Salmah binti Ismail dilahirkan pada 22 Januari 1935 di Singapura.

Mempunyai suara yang lunak bak buluh perindu, beliau
merupakan isteri kepada Seniman Agong Negara, Tan Sri P. Ramlee.

Beliau terkenal dengan obsesi beliau terhadap fesyen sehingga beliau digelar sebagai ‘Perintis Fesyen Malaya’. Kehebatannya dalam berfesyen dapat dilihat apabila beliau berjaya merintis pertembungan fesyen di antara Timur dan Barat serta menyesuaikannya dengan adab budaya tempatan.

Dendangan lagu Selamat Pengantin Baru dalam filem Madu Tiga pada tahun 1964 masih kerap digunakan dalam majlis perkahwinan pada hari ini. Fesyen kebaya klasiknya masih menjadi ikutan para wanita malah menjadi inspirasi kepada pramugari syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan Singapore Airlines (SIA).

Kreativitinya dalam berfesyen telah menjadikan diri beliau
sebagai ikon fesyen retro sehingga hari ini.

SEKRETARIAT
EXCO KESENIAN DAN KREATIVITI
MPP PROGRAM DPA INTAN
PENGGAL 2 TAHUN 2020 See less

Leave a Reply

Your email address will not be published.