[Bulan Apresiasi Seniman dan Seniwati Malaysia] TAN SRI P. RAMLEE

DI MANA KAN KUCARI GANTI SERUPA DENGANMU

P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh diibaratkan satu dalam sejuta.

Sebilangan daripada kita tidak pernah mengenalinya secara peribadi, Hanya karya seninya yang mendekatkan kita dengan empunya diri.

Sekiranya beliau masih ada, usianya genap 91 tahun pada hari ini. Dilahirkan pada 22 Mac 1929 di Pulau Pinang, beliau berhijrah ke Singapura pada usia yang muda kerana mengejar impian untuk menjadi anak seni.

Seniman yang luar biasa ini menggunakan kebijaksanaannya berbicara menerusi lagu dan filemnya yang malar segar.

Apresiasi kepada lagenda kebanggaan negara ini dapat dizahirkan melalui penghayatan karya beliau agar namanya terus diingati terutamanya di kalangan generasi muda.

SEKRETARIAT
EXCO KESENIAN DAN KREATIVITI
MPP PROGRAM DPA INTAN
PENGGAL 2 TAHUN 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published.