Bulan Apresiasi Seniman dan Seniwati Malaysia

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

EXCO Kesenian dan Kreativiti akan menganjurkan satu aktiviti bagi memperingati seniman dan seniwati negara kita sempena Hari Malaysia 2020.

Sehubungan itu, aktiviti Bulan Apresiasi Seniman dan Seniwati Malaysia akan dijalankan bagi mengiktiraf dan menghargai jasa, bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh seniman dan seniwati tanah air kepada industri seni tanah air.

Oleh itu, kami akan kongsikan infografik seniman dan seniwati yang telah banyak menabur jasa dan bakti melalui karya-karya seni agung mereka yang masih kekal relevan hingga ke hari ini.

🇲🇾Perkongsian infografik akan dilakukan pada setiap hari Selasa dan Jumaat🇲🇾

🇲🇾 Aktiviti akan dijalankan sepanjang bulan September🇲🇾

🇲🇾 Kuiz dalam talian akan diadakan pada 26 September 2020 (Sabtu)🇲🇾

🇲🇾 10 hadiah yang menarik menanti pemenang bertuah!🇲🇾

Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Nantikan kemunculan program kami di IG Bitarawangsa !!!

🎉 Ayuh sama-sama kita menghargai jasa, bakti dan sumbangan seniman dan seniwati tanah air kita 🎉

Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published.